Make your own free website on Tripod.com
DALAM KENANGAN


Gambar ini tiada kaitan dengan laman web "Kuantanku". Hanya sekadar satu nostalgia manis ingatan abadi buat orang-orang kampung. Rakaman ini dibuat sewaktu lawatan Al Marhum DYMM Sir Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'tasimbillah ke Kampung Sungai Buluh, Mentakab. Walau bagaimanapun tarikhnya tidak dipastikan. Yang pasti, balai raya yang menjadi latar belakang gambar ini telah musnah sewaktu banjir besar tahun 1971, sewaktu saya berumur 7 tahun.
Al Fatihah buat arwah ayah (barisan tengah nombor 6 dari kiri) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 4 Januari 1982. Ramai diantara individu-individu di dalam gambar ini telah tiada lagi.
Semuga Allah SWT merahmati kita semua.

MENU UTAMA