SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN

Sistem perhubungan dan pengangkutan yang utama di Kuantan ialah melalui jalan air dan darat. Perhubungan menggunakan jalan air menggunakan Perahu Jalak dan perahu Penambang, manakala perhubungan darat lebih tertumpu kepada kawasan bandar dan penempatan  yang berdekatan sahaja.

Perhubungan di kawasan bandar adalah dengan jalan raya, manakala perhubungan antara Kuantan dengan Beserah, Gambang dan Sungai Lembing adalah secara meredah lorong-lorong dan denai ataupun melalui persisiran pantai apabila air surut.

Dalam tahun 1908, jalan Kuantan-Gambang sejauh 18 1/2 batu (30 km) telah siap dibina, tetapi kenderaan perlu menyeberangi Sungai Kuantan di Tanah Putih dengan menggunakan "Boyar" (feri). yang telah dirasmikan pada 5 September 1910. dengan terbinanya jalan ini, Gudang Rasau telah ditinggalkan dan Kuantan mula dimajukan.

Perhubungan dari Sungai Kuantan ke bandar pula telah dikendalikan oleh Syarikat PCCL yang menyediakan pengangkutan tral dan keretapi dari Sungai Lembing ke Pasir Kemudi dan belayar dengan menggunakan kapal asap ke Pelabuhan Kuantan yang terletak di Tanjung Api.

Pada November 1918, jalan raya dari Kuantan ke Kuala Lipis melalui Jerantut telah disiapkan dimana ianya telah memudahkan perhubungan antara Kuantan dengan Pantai Barat. Sebelum itu, orang-orang di Hulu Pahang yang hendak ke Kuantan terpaksa menghilir Sungai Pahang dengan perahu atau rakit ke Pekan, kemudian berjalan kaki ke Kuantan. Jalan lain ke Kuantan ialah melalui Kuala Kubu Baru, Selangor ke Port Swettenham dan belayar melalui Singapura ke Kuantan.

Rangkaian jalan-jalan daripada Pekan ke Kuantan (di Batu 6, Jalan Gambang) sejauh 30 batu (48 km) pula telah dibina pad tahun 1933. namun begitu, kenderaan-kenderaan masih perlu menyeberangi Sungai Kuantan menggunakan boyar di Tanah Putih.

Perhubungan jalan raya daripada Kuantan ke Kemaman pula dibina pada awal pemerintahan Jepun di Tanah melayu dan telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1947. Dengan wujudnya rangkaian jalan raya ini maka dapatlah orang-orang dari sebelah Terengganu dan Kelantan berniaga di Kuantan.

Dengan sistem perhubungan yang bertambah baik dan kunjungan kapal-kapal dagang dari Singapura, Kuantan telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang. Apabila siapnya pembinaan jambatan Tanah Putih pada 2 Julai 1967, kemajuan Bandar Kuantan bertambah Pesat.

MENU UTAMA

PENDIDIKAN