RIVER CRUISE

Sungai Kuantan, adalah salah sebuah sungai yang terbersih di Malaysia. Panoramanya yang indah dan mengasyikan dengan berbagai pemandangan yang cantik adalah merupakan satu aset yang penting terutamanya di dalam sektor pelancongan berasaskan eco-tourism.
Berdasarkan kepada inilah, Majlis Perbandaran Kuantan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan program menyusuri Sungai Kuantan dengan dua buah River Cruise. Program ini bermula pada bulan Jun 2000. Dengan bayaran RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak,  anda akan di bawa menghayati sendiri keunikan dan keindahan Sungai Kuantan.
Di dalam pakej selama 1 setengah jam ini, pelancong akan dibawa ke muara Sungai Kuantan kemudian mudik dan singgah di perusahaan membuat keropok di Peramu, singgah di board walk sepanjang 200 meter di kawasan hutan bakau dan kemudian meneruskan perjalanan ke Medan Feri di Tanah Putih.
Hayati dan alamilah keseronokan ini.

Gambaran sebahagian daripada perjalanan anda adalah seperti visual di bawah:








Tempahan dan maklumat lanjut, hubungi Majlis Perbandaran Kuantan - 09-5121601/5121555/5121666