Bandar Kuantan, Ibu Negeri Pahang Darul Makmur, dikenali juga sebagai pintu masuk ke Pantai Timur. Kedudukannya yang strategik dengan berbagai bentuk muka bumi  telah menjadikan bandar ini adalah antara pilihan pelancong samada dari dalam atau luar negara.

Di sini terdapat jajaran pantai yang  memutih menghadap ke Laut China Selatan, kawasan hutan rekreasi yang masih belum tercemar, air terjun, gunung, tasik, kolam air panas dan lain-lain yang pastinya akan mengamit kedatangan anda.

Yang pasti, Bandar Kuantan kini mempunyai kemudahan-kemudahan yang serba lengkap untuk menyambut kedatangan anda. Hayati keindahan dan kenyamanan Kuantan Bandar Kita.

Beberapa panorama Kuantan di paparkan dibawah. Sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas dan lokasi visual tersebut.

Untuk lebih mengenali Kuantan dengan lebih lanjut, anda dipersilakan untuk berkunjung ke sini. Pastinya anda tidak akan dikecewakan.

MENU UTAMA