Asal-usul nama beberapa tempat di Kuantan mempunyai ceritanya tersendiri bagaimana sesuatu tempat itu mendapat namanya. Ianya diperolehi melalui cerita-cerita lisan orang-orang tua.
TELUK
SISEK
Kawasan
ini asalnya adalah sebuah teluk. Berhampiran dengannya terdapat sebuah
bukit yang menganjur ke teluk. Di kawasan kaki bukit inilah selalunya "penyu-penyu
sisek" mendarat untuk bertelur. Zaman beredar dan melalui proses
pembentukan muka-bumi, teluk kini bertukar menjadi paya. Kawasan ini kemudiannya
diteroka dan dibangunkan. Namanya diilhamkan dari peristiwa yang dikaitkan
dengan "teluk" dan "sisek". Sehingga kini masih terdapat kulit-kulit siput
lama di sekitar tasik di belakang kediaman YAB Menteri Besar sebagai bukti
bahawa tempat ini dahulunya adalah sebuah teluk.
KAMPUNG
JAWA
Semasa
Estet Batu Talam dibuka untuk tanaman getah, ramai orang-orang Jawa telah
bekerja sebagai penoreh getah. Mereka telah membuat penempatan berhampiran
Kampung Tengah. Hasilnya kawasan ini akhirnya dikenali sebagai Kampung
Jawa.
BUKIT
SETONGKOL
Kedudukan
bukit ini agak ganjil kerana ianya hanya setongkol sahaja jika dibandingkan
dengan bukit-bukit yang lain di persekitarannya. Bersesuaian dengan keadaan
fizikalnya ini, kawasan ini dinamakan Bukit Setongkol.
BUKIT
UBI
Sebelum
dijadikan kawasan pecah batu, bukit ini telah dijadikan kawasan penanaman
ubi kayu oleh penduduk-penduduk tempatan. Makan kekallah namanya Bukit
Ubi.
PADANG
LALANG
Kawasan
ini dahulunya adalah sebuah padang yang dipenuhi dengan lalang.
TANJUNG
LUMPUR
Tanjung
yang menghala ke laut ini telah diliputi oleh mandapan lumpur yang banyak.
Sejak dari itu, tanjung ini dikenali sebagai Tanjung Lumpur.
GAMBANG
Di
sini, suatu ketika dahulu terkenal dengan permainan gambang (cak lempung)
di kalangan masyarakatnya. Oleh yang demikian tempat ini terus dinamakan
Gambang.
ALUR
AKAR
Di
kawasan ini dahulunya beralur dan ditumbuhi pula dengan pokok-pokok hutan
tua berakar besar dan berlingkar-lingkar. Keunikan keadaan kawasan ini
langsung membawa kepada namanya sekarang.
PERAMU
Tukang-tukang
rumah bertumpu ke tempat ini untuk mencari bahan-bahan membuat rumah yang
terdiri daripada kayu-kayu hutan. Istilah mencari bahan-bahan ini dikenali
sebagai "meramu" dan akhirnya menjadi Peramu hingga sekarang.
BESERAH
Setelah
kematian anaknya iaitu Cik Timah, Haji Senik (penduduk asal Kuantan) telah
membuat keputusan meninggalkan Kampung Teruntum yang banyak meninggalkan
kisah-kisah sedih. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah kawasan di utara
Teruntum. Setelah membuat sebuah penempatan baru, kawasan ini pula diserang
sejenis penyakit yang dikenali sebagai "hawar". Semua penduduk di kawasan
ini bercadang untuk berpindah ke tempat lain tetapi Hj. Senik meminta mereka
bersabar dan berserah kepada Allah SWT. Kerana sikap mesyarakatnya sentiasa
bertaqwa dan berserah kepada Allah SWT, maka tempat ini dipanggil "Beserah"
sehingga sekarang.